Cinta Perlukan Restu Allah....
Dalam perca-perca kenangan cinta, aku teringatkan titik permulaan aku
mengenali diri mu. Beginilah cinta, mewarnai kehidupan kita semenjak
kecil sehinggalah kita dewasa. Aku sering mengharapkan agar kau kekasih
ku menoktahkan kebimbangan diri ini dalam percintaan. Mari kita buktikan
pada dunia bahawa cinta kita ini suci dan abadi. Aku pegang erat janji
mu, kita menuju gerbang cinta sejati. Jangan biarkan cinta ini karam di
lautan sepi. Jangan biarkan kemenangan berpihak kepada mereka yang
menjadikan cinta kita sebagai bahan perjudian. Mereka semua tidak
berhak menilai percintaan kita, kerana rasa kasih dan sayang yang kita
kongsi bersama ini hanyalah kita yang mampu memahaminya.
Aku umpama kumbang yang mengidamkan madu pada sekuntum mawar, cantik menawan dengan haruman, memberi kasih menitip sayang lalu bermulalah
suatu episod cinta agung antara kita.
Cinta ini umpama secawan madu dengan hempedu. Dilimpahi dengan
kemanisan tetapi juga dipenuhi dengan pancaroba. Jika kita ingin merasai
kemanisannya, jangan lupa untuk bersedia merasai kepahitannya juga.
Luahan hati untuk PERDOMAN diri dan juga pembaca...



Tiada ulasan:
Catat Ulasan